Tuesday, 2 February 2016

Daya Tahan Kardiovaskular


Daya Tahan Kardiovaskular

Daya tahan kardivaskular bermaksud keupayaan jantung, salur darah dan sistem respiratori untuk membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan pada jangka masa yang lama semasa melakukan aktiviti fizikal yang berintensiti rendah atau sederhana.

Sistem kardiovaskular terdiri daripada :
  • jantung 
  • saluran darah
Fungsi sistem kardiovaskular adalah untuk menyokong sistem fisiologi yang lain.
  • penghantar
  • pengeluar
  • pengangkut
  • pengekal
  • penghalang

Sistem peredaran darah manusia adalah jenis sistem peredaran darah tertutup. Sistem peredaran darah manusia terbahagi kepada dua sistem iaitu:
  • Sistem peredaran pulmonari
  • Sistem peredaran sistemik

Jenis-jenis latihan yang meningkatkan daya tahan kardiovaskular
  • Larian Jarak Jauh Perlahan (Long Slow Distance-LSD)
  • Latihan Senamrobik
  • Latihan Fartlek

Latihan-latihan daya tahan kardiovaskular dapat menghindarkan diri daripada penyakit kardiovaskular.


Kesan latihan daya tahan kardiovaskular, ialah:
  • pertambahan saiz ruang jantung
  • pertambahan ketebalan dinding jantung
  • pertambahan keanjalan otot jantung
  • pertambahan jaringan kapilari darah di otot.
  • lebih banyak darah beroksigen dapat dibekalkan oleh jantung untuk kegunaan tubuh badan.

Aspek-aspek keselamatan semasa melakukan aktiviti Daya Tahan Kardiovaskular.

  • melakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan sebelum daan selepas latihan.
  • menentukan KNL dengan menggunakan kaedah Karvonen
  • meningkatkan jarak dan tempoh masa larian secara progresif dengan kelajuan yang sederhana.
  • memaklumkan masalah kesihatan kepada jurulatih.
  • memakai pakaian dan kasut yang sesuai.


1 comment:

  1. Betway Casino Review 2021
    How to deposit and withdraw funds at 메이플 슬롯 강화 Betway? 블랙 잭 사이트 — There are two steps that must be e sport taken 온라인바카라조작 to do so. Firstly, first, you need 벳 익스플로 어 to make a deposit. Second,

    ReplyDelete