AKTIVITI DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR
Daya tahan kardiovaskular terdapat beberapa aktiviti iaitu:
Aktiviti 1 : LOMPAT KUADRAN
- Berdiri tegak di petak nombor 1
- Melompat berterusan dari petak nombor 1 ke petak 2, seterusnya ke petak 3 dan ke petak 4
- Semasa melompat,badan tegak,tangan lurus di sisi dan mata pandang ke bawah
Perlakuan ini dikira sebagai satu ulangan
TAHAP PELAKUAN ULANGAN
Permulaan 1 kali
Sederhana 2 kali
Baik 3 kali
Aktiviti 2 : BERGAYUT DI PALANG
- Berdiri tegak dan tangan lurus di sisi
- Lompat dan bergayut pada palang
- Bergerak dari satu palang ke satu palang ke satu palang yang lain sehingga palang terakhir
- Mendarat dengan lutut fleksi
Perlakuan ini dikira sebagai satu ulangan
TAHAN PELAKUAN ULANGAN
Permulaan 1 kali
Sederhana 2 kali
Baik 3 kali
Aktiviti 3 : DUDUK JANGKAU
- Duduk melunjur
- kaki rapat dan lutut sentiasa lurus
- jangkau ke hadapan sejauh mungkin
Kembali semula ke posisi asal
TAHAP PERLAKUAN JARAK JANGKAU TANGAN
Permulaan Hingga ke lutut
Sederhana Hingga ke buku lali
Baik Hingga ke tapak kaki
Aktiviti 4 : TANGGA TEGAK
- Berdiri tegak
- Panjat anak tangga satu persatu
- Naik hingga sampai ke anak tangga teratas
- Turun semula mengikut arah yang berlainan
Perlakuan ini dkira sebagai satu ulangan
TAHAP PERLAKUAN ULANGAN
Pemulaan 1 kali
Sederhana 2 kali
Baik 3 kali
Aktiviti 5: ANGKAT KAKI
- Baring di atas papan condong 30 darjah dari permukaan tanah
- Kaki lurus dan rapat
- Kedua dua tangan memegang tiang
- Angkat kedua dua belah kaki sehingga rapatke dada
- Kembali semula ke posisi asal
Perlakuan ini dikira sebagai satu ulangan
TAHAP PERLAKUAN ULANGAN
Permulaan 5 kali
Sederhana 10 kali
Baik 15 kali
Aktiviti 6 : LOMPAT SENTUH PALANG
- Pilih ketinggian yang sesuai pada palang
- Berdiri tegak di bawah palang
- Lompat dengan kaki lurus dan sentuh palang
- Mendarat dengan lutut fleksi
Perlakuan ini dikira sebagai satu ulangan
TAHAP PERLAKUAN ULANGAN
Permulaan 5 kali
Sederhana 10 kali
Baik 15 kali
Aktiviti 7: NAIK TURUN BANGKU
- Pastikan ketinggian bangku 45 cm
- Naikkan kaki kanan ke atas bangku
- Diikuti dengan kaki kiri
- Turun dengan kaki kanan , diikuti dengan kaki kiri
TAHAP PERLAKUAN ULANGAN
Permulaan 5 kali
Sederhana 10 kali
Baik 15 kali
Aktiviti 8 : MENITI PALANG
- Berdiri tegak di atas pangkal palang imbangan
- Tangan depa dan pandang ke hadapan
- Berjalan terus hingga ke hujung palang
- Pusing ke belakang dan meniti ke tempat permulaan
Perlakuan ini dikira sebagai satu ulangan
TAHAP PERLAKUAN ULANGAN
Permulan 3 kali
Sederhana 6 kali
Baik 9 kali